Lazaac merupakan graduan Bachelor Pengurusan Operasi dari salah sebuah universiti tempatan bertaraf dunia di Malaysia ni seorang pekerja dalam bidang media telekomunikasi di Malaysia, tak perlu kowt bagitau syarikat mana, haha.
Blog Lazaac ini ditubuhkan untuk lazaac bercerita dan berkongsi segala ceritera dan informasi yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama pembaca sekalian. Ditubuhkan pada pertengahan tahun 2008 dengan matlamat yang tidak terlalu jelas kerana pada masa itu lazaac baru saja mengenali WordPress sebagai platform blogging sebenar.
Rakan rapat pemilik blog sering menggelarnya psycho disebabkan peribadi dan identitinya yg susah diramal. Tidak suka dengan perempuan hipokrit tetapi amat geram dengan perempuan Melayu, China dan Rusia yang putih dan comel lagi gebu. Tidak gila seks walaupun sering bercerita tentang perempuan. Sanggup melakukan apa sahaja demi blog tercinta. Yeay!
Bercerita tentang blog, terlalu banyak perubahan pernah berlaku di blog ini termasuklah penukaran tema blog beberapa kali, penukaran dan penggunaan beberapa plugins, beberapa kali juga telah dihacked, beberapa kali memasang widget follower etc tetapi dibuang semula dan sebagainya.
Untuk rekod, blog lazaac telah dihostkan oleh beberapa web hosting luar dan dalam negara kerana pemiliknya suka menimba pengalaman baru di tempat yang berbeza. Antara hosting dalam dan luar negara yang pernah lazaac gunakan untuk blog ini adalah Onebytes, Exabytes, Internet-Webhosting, ServerFreak, P2L Hosting, Zyma Technologies, RackSpace Cloud Servers (VPS) dan yang terbaru DigitalOcean (VPS). Tema asal blog ini direka oleh Igor Penjivrag dan dirosakkan semula oleh lazaac. Laman blog ini menggunakan skrip blogging berasaskan WordPress versi 3.5 di cloud server lazaac di DigitalOcean.
Untuk server baru yang lazaac mula gunakan pada awal tahun 2013 ini, blog ini kini dihostkan pada server dengan sistem operasi Ubuntu 12.04 LTS dengan beberapa fungsi yang terdapat di dalamnya iaitu sistem nginx v1.2.6, php v5.4.11, mysql , phpmyadmin v3.5.5, dan sebagainya yang terdapat dalam pakej Tuxlite. Sangat mudah untuk memasang server nginx dengan bantuan daripada skrip tersebut.
Server yang lazaac gunakan merupakan Virtual Private Server(VPS) berasaskan sistem operasi Ubuntu 12.04.4 x64 dengan 8GB RAM & 80GB SSD di droplet San Francisco 1 – DO. Lazaac tidak menggunakan lagi Nginx webserver sebaliknya menggunakan Tengine webserver. Disamping itu, server ini dilengkapi dengan beberapa teknologi lain seperti MySQL, PHP 5.5, ngx_pagespeed, ZendOPcache, Pureftpd, phpMyAdmin, redis & tcmalloc.
Teknologi disebalik lazaac’s blog :
Layan lagu ni dulu :
http://www.youtube.com/watch?v=qVLoBeEsuEc
Leave a Reply