Wifi tak berfungsi selepas kemaskini macOS Catalina 10.15
Salam, sudah lama tidak berupdate.. Kali ini saya ingin kongsikan langkah-langkah yang saya lakukan bagi membolehkan wifi adapter komputer saya iaitu jenis TP-Link N900 Wireless Dual Band PCI Express Adapter (TL-WDN4800) boleh digunapakai pada macOS Catalina yang baru sahaja dilepaskan kepada pengguna macOS baru-baru ini..
Berdasarkan pembacaan saya berkenaan isu wifi adapter yang tidak dapat berfungsi selepas dikemaskini kepada macOS versi terbaru adalah kerana dikhabarkan “Epal” cuba untuk mengeluarkan sokongan ke atas wifi adapter Atheros daripada IO80211Family.kext sehingga memaksa workaround dilakukan dengan cara memasukkan AirPortAtheros40.kext secara manual..
Mujur, Cyberdevs (Insanelymac) telah melepaskan skrip pemasangan bagi memudahkan langkah-langkah pemasangan kext tersebut ke dalam direktori /System/Library/Extensions.. Terima kasih saya ucapkan..
Eh, sebelum terlupa.. Bukan semudah tu yer nak pasang skrip tadi.. Suka saya ingatkan sebelum tu saya terpaksa bypass SIP (System Integrity Protection) yang berfungsi untuk mengelakkan serangan malware dan pengubahsuaian lain yang tidak diingini ke atas fail sistem operasi macOS. Kononnya nak bypass benda ni boleh jer, cuma risiko dia, pape jadi tanggung sendiri la yer. Ah! lantaklah, saya nak wifi saya berfungsi seperti sediakala jer..
Oh ya, cara-cara nak bypass ni mudah jer.. Saya cuma perlu masuk ke dalam boot recovery ketika boot menggunakan clover. Selepas itu, pilih Terminal dan masukkan code ini : csrutil disable. Selesai sahaja, ayat ni akan keluar : Successfully disable System Intergrity Protection. Please restart the machine for the changes to take effect. Reboot like a boss! Oh ya, sebelum terlupa, SIP bleh di-enablekan semula dengan code csrutil enable, tapi akan guna ke? Whatever!
Baik, selesai login ada lagi langkah seterusnya iaitu menggunakan aplikasi Gatekeeper Toggler 3.0 juga dari Cyberdevs (Insanelymac) bagi tujuan write access seterusnya membolehkan kita menggunakan skrip pemasangan yang saya kongikan tanpa masalah pada mula-mula tadi.
Akhir kata, selamat mencuba, terutamanya bagi sesiapa yang menggunakan wifi adapter jenis Atheros seperti saya. Sekarang saya sudah boleh menggunakan wifi adapter pada Hackintosh macOS Catalina 10.15 saya. Terima kasih. Adios, salam!
-0 Comment-