macOS High Sierra
Salam, akhirnya saya kembali menggunakan sistem operasi MacOS High Sierra sejak sekian lama menggunakan sistem operasi Windows.
Mulanya sebab dah tawar hati guna MacOS sebab sistem lama corrupted dlu, so bila kembali ke sistem operasi Windows memang xlain xbukan nak main game dan mining bitcoin jer.. Syukur akhirnya terdetik nak patah balik guna MacOS ni.. Godek godek usb installer lama, saya jumpa installer MacOS 10.12.6 xsilap saya, last guna untuk pasang MacOS Sierra.. Ingat dah xleh pakai, tapi sekali cuba terus boleh.. Alhamdulillah..
So, untuk post kali ni, saya sbnrnya nak kongsi sambil lekat kat cni jer senang nak buat rujukan nanti kalau andai kata dia corrupted lg sekali, almklumlah pakai Hackintosh..
Perkara pertama yang paing mustahak dalam meng”hackintosh”kan komputer kita ni, paling penting setting BOIS, bergantung pd Motherboard korang.. Mcm kes saya, pakai motherboard z77x jer, mmg lejen masih boleh install hackintosh mcm dlu2..
Setting BIOS bagi motherboard jenis z77x-d3h v.1.0 (Gigabyte):
1. Load Optimized Defaults
2. VT-d – Disable
3. XHCI Handoff – Enabled
So far, saya cuma tukar yang tu, memang kalau ikutkan rujukan lain ada yang kena tukar CFG-Lock, Secure Boot Mode, OS Type, IO SerialPort dan USB 3.0 tu semua, tapi saya xubah pape pun.. So far so good!
Saya bermula dengan installer Hackintosh versi 10.12.6, install macam biasa, once login, run MultiBeast (v Sierra) dan pilih Clover v.24k r4173 UEFI Boot Mode + Emulated NVRAM, install macam biasa dulu..
Pastu edit EFI/EFI/CLOVER/config.plist, tambah atau pastikan NvidiaWeb ada dalam Boot/Arguments, kalau ada nvda_drv=1 tu, buang jer, dah xpakai dah..
Pastu untuk pastikan dapat paparan mengikut resolution yang sempurna, install la Nvidia Graphics Driver, saya pow kat Tonymacx86, pastikan webdriver_378.05.05.25f01.pkg memandangkan ini versi yang sepadan dengan MacOS Sierra 10.12.6.. Pastu reboot, dan voila!, sempurna! Rileks dlu, belum nak rai lagi.. Baru permulaan, memandangkan saya akan upgrade melalui App Store MacOS versi Sierra ke MacOS High Sierra 10.13.4..
Caranya mudah saja, buka App Store, dan lihat di page High Sierra dan download macam biasa..
Selesai sahaja download, install jer terus, xperlu tunggu apa lagi.. Selesai install, reboot macam biasa. Sesudah login, ulang step untuk update Bootloader dalam MultiBeast versi High Sierra, pastikan pilih yang sekali dengan Emulated NVRAM tu.. Pastu terus download Nvidia Webdriver, macam biasa amik jer dari Tonymacx86 berdasarkan versi MacOS High Sierra..
So just in case, bila ada jer update terbaru, ulang step Clover UEFI Boot Mode + Emulated NVRAM, baru update NVDIA webdriver.. Ingat step tu!
So nak dijadikan cerita lagi, install macam biasa, memang xde harapan audio berfungsi sebab motherboard ni pakai chip VIA, yang menyebabkan pakai AppleHDA biasa xkan boleh punya, mesti pakai VoodooHDA.. So apa yang saya buat adalah download Voodoo.kext dari https://sourceforge.net/projects/voodoohda/files/latest/download, extract dan guna Kext Utility untuk install, selesai reboot macam biasa, audio sudah berfungsi!
Update!
11 Mei 2018
Enable/Disable app can’t be opened because it is from unidentified developer.
sudo spctl –master-enable | sudo spctl –master-disable
-0 Comment-