Doa Sempena Majlis Penutup Kursus / Seminar / Bengkel
Ya Allah, Engkaulah Penguasa langit dan bumi
Ya Allah, kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berada di sini selama ( X hari) dalam (Kursus / Seminar / Bengkel). Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri sehingga dapat menyempurnakan kursus/seminar/bengkel ini dengan jayanya.
Ya Allah Bagi-Mu segala puji-pujian
Kunrniakanlah kami lisan yang lembut dan basah untuk sentiasa menyebut nama-Mu, agar kami terus mengingatti dan mensyukuri nikmatMu serta badan yang sihat untuk menunaikan perintahMu.
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmatMu kepada kami, ibu bapa kami, keuarga dan anak-anak kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat seperjuangan kami.
Pada ketika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta menadah tangan penuh dengan pengharapan. Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka ampunkanlah dosa-dosa kami. Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dengan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif. Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-Nabi Ulul’azmi. Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati kami untuk mengutamanakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian. Sesungguhnya hati kmai juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai, maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar.
-2 Comments-
huhuhu… tq2… dok mencari jugak
semoga bermanfaat ya.. sbnrnya ada lagi part tulisan Arabnya tp xsempat nak salin semula..