Tuts+ Premium : Belajar C#(C Sharp) Selama 30 Hari Secara Percuma

Salam. Selesai sudah kursus Belajar jQuery Selama 30 Hari Secara Percuma dan kini Tuts+ Premium melalui pembangun web mereka iaitu Jeremy McPeak telah mengadakan kursus bagi bahasa pengaturcaraan C#(C Sharp) pula secara percuma. Seperti kursus2 sebelum ini, kursus C# ini akan berlangsung selama sebulan.

Dalam tempoh sebulan, kita akan disediakan dengan tutorial melalui video dan beberapa sumber fail yang akan digunakan sepanjang kursus tersebut.Sebagai muqaddimah pembelajaran C#, bahasa pengaturcaraan ini telah mula diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun 2001 sebagai alat menyokong teknologi .Net mereka. Kebiasaannya pengguna kini menggunakan Microsoft Visual Studio sebagai platform untuk mendalami serta mempelajari bahasa pengaturcaraan C#(C Sharp) ini.

Sebelum mengikuti kelas ni, apa kata kita dapatkan satu salinan aplikasi tersebut, dapatkan di err.. torrentillegal!, file hostingillegal! Microsoft Visual Studio legal! (muat turun dan gunakan secara percuma selama 90 hari, trial period) ler. Tidak lupa juga, .Net Framework.

Kursus2 Tuts+ Premium yang lain :



43 thoughts on “Tuts+ Premium : Belajar C#(C Sharp) Selama 30 Hari Secara Percuma

  1. Masa aku 1st year kat uni aku belajar C# haha.
    Btw, baru tau ada course baru kat tutplus. Sblm ni jquery course, aku join. Tp takde masa nak start study. So emel2 yang dapat tu aku peram dulu hahaha

  2. masa dekat UKM dulu, belajar C, masuk UTM study C++ plak. Lepas tu, bila dah belajar java..C bagai ni tertinggal entah ke mana.haha

  3. KOMEN DITUTUP KERANA KESILAPAN LAZAAC BAGI ENTRI INI. TUTORIAL C# INI BUKAN PERCUMA, DAN HANYA UNTUK PENGGUNA BERDAFTAR @ BERBAYAR TUTS+ PREMIUM, HARAP MAAF.

Comments are closed.