Servis Percuma ShoutMix Akan Ditamatkan

Seperti yang kita sedia maklum, ShoutMix telah menyediakan servis percuma dan berbayar bagi ShoutMix yang kita gunakan selama ini. Ada pengguna yang menggunakan ShoutMix sebagai medium untuk blogwalking, meninggalkan pesan, mengorat awek orang lain, mengumpat, men’spam’ing, dan sebagainya.
Tapi, adakah anda (pengguna ShoutMix) tahu dan sedia maklum bahawa servis bagi perkhidmatan percuma ShoutMix akan diberhentikan pada hujung tahun ini..? Ya! Ini bukan cubaan mahupun cakap2 kosong kerana melalui open letter daripada pihak ShoutMix sendiri telah mengesahkan perkara ini. Open letter yang lazaac maksudkan boleh dilihat di sini.
Daripada open letter tersebut dapatlah disimpulkan beberapa perkara antaranya :
- Perkhidmatan ShoutMix telah bermula sejak 7 tahun lepas.
- Versi terbaru iaitu v3 telah berjaya disiapkan pada November 2011.
- Sambutan yag diterima amat menggalakkan selepas sebulan dilancarkan pada umum.
- Dalam masa sebulan, hampir 500k pengguna berdaftar dengan ShoutMix v3 dan beratus ribu mesej telah dihantar menggunakannya.
- Statistik menunjukkan hanya 0.07% pengguna yang menggunakan servis berbayar dan selebihnya, 99.93% menggunakan servis percuma ShoutMix. Kesian ShoutMix.
- Pilihan yang ada selepas 31 Disember 2011 ialah yang pertama, menggunakan servis berbayar ShoutMix, dan pilihan yang ke-2, berhenti dari menggunakan servis ShoutMix. Maksudnya sila gunakan alternatif lain.
- Open letter ini telah disampaikan oleh Snecx Tan pada Dec 2011.
Ok, bagi lazaac apa pun yang pihak ShoutMix ingin buat bagi kelangsungan mereka dalam bisnes mereka, lazaac tetap akan meninggalkan ShoutMix buat selama-lamanya kerana lazaac pasti majoriti pengguna mereka juga akan berbuat perkara yang sama. Yer la, sapa yang nak bayar bagi sesuatu yang boleh didapati secara percuma. Antara alternatif yang mungkin menjadi pilihan lazaac adalah ShoutJax Premium. Anda pula bagaimana..?
Tweet |


»
jom la kita pakat ramai2 angkat kaki dr ShoutMix




lazaac reply on (13.12.11 at 14:24) «
»
[Reply]