“Multisite” Dalam WordPress. Apakah?
Salam semua! Apa khabar.? Pada entri kali ni, lazaac dengan berbesar hatinya ingin berkongsi tentang satu inovasi terbaru dalam WordPress 3.0 @ “Thelonious”. Entri kali ini adalah kesinambungan daripada entri Selamat Datang WordPress 3.0. Sebelum bersembang lebih lanjut, lazaac ingin memohon maaf sekiranya entri kali ni agak kucar-kacir kerana ini adalah tutorial pertama lazaac di blog ini. Sharing is caring right.?
Lazaac cukup tertarik dengan satu kelebihan yang ditampilkan dalam WordPress 3.0 iaitu fungsi Multisite. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya dan masih keliru dengan fungsi terbaru ini. Multisite merupakan konsep lama yang telah diterapkan hanya dalam WordPress μ sebelum dimasukkan bersama dalam versi terbaru WP 3.0. Jika sebelum ini hanya root @ admin server sahaja yang dapat menggunakan fungsi WordPress μ tersebut, tetapi kini sesiapa sahaja mampu menggunakan fungsi tersebut di blog mereka (asalkan mereka menggunakan WordPress 3.0). Fungsi “Multisite” membenarkan blogger mencipta beberapa blog hanya dalam satu database yang sama, jadi ini akan memberi kelebihan kepada mereka yang membeli “budget” pakej hosting yang hanya menawarkan hanya satu atau dua database dalam satu akaun.
Tutorial kali ini dibawakan khas kepada anda oleh lazaac sendiri dengan menggunakan platform WordPress 3.0 | “Thelonious” yang akan diinstall menggunakan Softaculous 2.9 © 2010 Softaculous Ltd. di hosting MyTeamzHost pada domain MyTeamz.tk. Terima kasih kerana sudi meneruskan pembacaan anda.
Langkah 1 :
Install WP seperti biasa dan pastikan anda menginstall WP versi 3.0 @ “Thelonious” :
Langkah 2 :
Login ke wp-admin menggunakan maklumat yang anda tetapkan sebentar tadi.
Langkah 3 :
Lihat menu yang menarik serta cool di panel sebelah kiri Dashboard anda, kita akan menambahkan satu lagi tab di panel tersebut yang diberi nama “Network” selepas selesai semua proses dalam tutorial ini.
Langkah 4 :
Masa untuk mengedit fail ‘config.php’. Sila pastikan anda membuat backup terlebih dahulu sebelum mengedit fail ini. Buka fail ‘config.php’ samada menggunakan fungsi FTP dalam cPanel ataupun menggunakan software pilihan anda. Selepas membuka fail ‘config.php’, sila tambahkan
define(‘WP_ALLOW_MULTISITE’, true);
di mana-mana bahagian di dalam fail tersebut. Selepas itu, tekan butang “Save Changes”.
Langkah 5 :
Kembali ke Dashboard anda, dan Refresh @ F5, kemudian lihat di tab Tools –> Network. Klik Network.
Langkah 6 :
Anda dapat melihat tetapan seperti gambarajah di bawah. Isi mengikut tetapan pilihan anda dan tekan butang ‘Install’.
Langkah 7 :
Selepas ni anda perlu melakukan sedikit pengubahan pada fail .htaccess dan fail ‘config.php’. Sila backup fail .htaccess dan config.php anda. Sila cipta satu direktori baru yang diberi nama “blogs.dir” di dalam direktori “wp-content” anda. Direktori ini akan digunakan untuk menyimpan file2 media yang dimuatnaik oleh anda utnuk kegunaan site tambahan anda dan sila pastikan direktori ini boleh di’write’ oleh server (755). Sila tetapkan mengikut tetapan yang telah diberi selepas anda menekan butang ‘Install’.
Langkah 8 :
Sila tambah code berikut sebelum “/* That’s all, stop editing! Happy blogging. */” di dalam fail config.php anda.
define( ‘MULTISITE’, true );
define( ‘SUBDOMAIN_INSTALL’, false );
$base = ‘/’;
define( ‘DOMAIN_CURRENT_SITE’, ‘myteamz.tk’ );
define( ‘PATH_CURRENT_SITE’, ‘/’ );
define( ‘SITE_ID_CURRENT_SITE’, 1 );
define( ‘BLOG_ID_CURRENT_SITE’, 1 );
Selesai, tekan butang ‘Save Changes’.
Seterusnya buka fail .htaccess dan tambah code berikut di dalam fail tersebut (.htaccess) :
RewriteEngine On
RewriteBase /
RewriteRule ^index.php$ – [L]# uploaded files
RewriteRule ^([_0-9a-zA-Z-]+/)?files/(.+) wp-includes/ms-files.php?file=$2 [L]# add a trailing slash to /wp-admin
RewriteRule ^([_0-9a-zA-Z-]+/)?wp-admin$ $1wp-admin/ [R=301,L]RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} -f [OR]
RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} -d
RewriteRule ^ – [L]
RewriteRule ^([_0-9a-zA-Z-]+/)?(wp-(content|admin|includes).*) $2 [L]
RewriteRule ^([_0-9a-zA-Z-]+/)?(.*.php)$ $2 [L]
RewriteRule . index.php [L]
Selesai, tekan butang ‘Save Changes’.
Whoa, selesai dah proses menginstall fungsi Multisite dan sila login semula ke Dashboard anda.
Langkah 9 :
Kini anda dapat melihat menu baru ‘Super Admin’ di samping My Sites Panel yang menyenaraikan blog2 yang dicipta menggunakan fungsi Multisite tersebut.
Selesai sudah tutorial untuk menggunakan fungsi Multisite dalam WordPress 3.0 @ “Thelonious”. Semoga anda dapat mencuba tanpa masalah dan mendapat manfaat daripada tutorial pertama lazaac ini. Sebarang masalah atau komen membina adalah diharapkan daripada kalian, sila komen sekiranya anda berjaya melakukan tetapan ini ataupun sekiranya terdapat masalah yang timbul sepanjang anda mengikuti tutorial Multisite ini. Lazaac akan membantu sedaya upaya lazaac. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan memahami setiap langkah yang disediakan di sini. Salam..
Tweet |


»




lazaac reply on (24.06.10 at 03:47) «
»
[Reply]