Logo Baru Lazaac’s Blog..? Apakah..?
Salam. Di kesempatan ini, lazaac ingin memohon maaf di atas kelewatan entri sejak kebelakangan ini. Izinkan lazaac menyatakan sebab musabab perkara ini terjadi. Sebenarnya lazaac sudah berada di rumah sekarang, sedang menikmati sisa2 kehidupan yang ada. Sedang menikmati “Cuti-Cuti Malaysia” di rumah sendiri. Tidak seperti sebelum ini, lazaac berada di universiti tercinta, dan kini lazaac berada di rumah berehat seketika sebelum menyambung kembali pengajian di menara gading.
Dalam keseronokan bercuti-cuti Malaysia, lazaac tidak pernah meninggalkan tugas dan tanggungjawab sebagai blogger seperti blogwalking dan memberi komen pada entri rakan2 blogger di luar sana. Mungkin ada dalam kalangan anda yang perasan lazaac tidak seaktif dulu, yer.. lazaac akui ini memang kesalahan lazaac Screamyx (mcm harem!) tidak se’cool’ waktu lazaac online di unversitas lazaac sebelum ini. Kini lazaac merasakan azab rakan yang online menggunakan line ‘Screamyx’ ini, sungguh berbaloi-baloi harem bukan?
Opss.. Opssss!! Melalut panjang la plak, adede… Ok, berbalik pada tajuk entri seposen ni, lazaac nak bagitau pada yang nak tahu, disebabkan line ‘Screamyx’ ni balik2 spoil, jadi kita sebagai pengguna mesti ada “Plan B” yer tak? Plan B yang lazaac maksudkan di sini adalah rancangan lain selepas tak dapat nak online, jadi Plan B lazaac ni sebenarnya buat logo baru.. Yer logo baru, almaklum la blog edisi ‘black out’ tak pernah berlampu ni tak pernah ada logo sendiri, selalunya mengharapkan tulisan cantik versi cufon tu jer, Sampai bila nak stick ngan teknologi zaman batu tu yer tak..? Ok, jadi entri kali ni lazaac cuma nak saiko korang ngan logo terbaru lazaac. Disebabkan logo ni masih under development, jadi lazaac tunjuk la kat korang serba sedikit bentuk logo tu nanti, sila layan pada gambar di bawah. Jangan gelak OK!
Amacam kengkawan..? Cool, tak..? Yang korang baru tengok tu, adalah gabungan huruf “L” ngan huruf “A”. Yang selebihnya belum lagi. Logo tersebut direka menggunakan software Adobe Illustrator CS4, huruf custom-made dan dilakukan sekadar sebagai mengisi masa lapang. Sebagai makluman tambahan, lazaac boleh katakan logo baru tersebut baru siap 7%, yang selebihnya korang tengok la sendiri nanti, itu pun kalau korang sudi lawat blog lazaac lagi. Pada yang melawat blog lazaac, terima kasih tak terkira lazaac ucapkan, teruskan usaha murni, blogwalking boleh, blogjogging boleh, blogrunning pun boleh, nak merangkak suma boleh lah, takde masalah.
p/s : Entri seposen ni dibawakan khas kepada anda atas desakan daripada Bro Azizan4444 untuk entri baru di blog ‘black out’ ni. Terima kasih.
Tweet |


»






lazaac reply on (05.07.10 at 18:11) «
»
insyaAllah akan disiapkan secepat mungkin, lepas siap projek logo ni, lazaac nak buat projek baru, pasang lampu kat dalam blog ni, tak la gelap gelita lagi…
hohoho…
[Reply]
RedBoy reply on (05.07.10 at 23:43) «
»
[Reply]
lazaac reply on (05.07.10 at 23:50) «
»
[Reply]
RedBoy reply on (06.07.10 at 00:54) «
»
[Reply]
lazaac reply on (06.07.10 at 00:59) «
»
Tak lama lepas lazaac pakai tu, member cakap minta pakai balik theme lama, yg skrg ni la, tu bila fikir2 balik sayang jgak ngan yg ni, jadi lazaac tukar balik.. :lol:
[Reply]
RedBoy reply on (06.07.10 at 19:28) «
»
oo… oh.. takpe.. yg penting pikirkan juga pembaca2 kita..
[Reply]
lazaac reply on (06.07.10 at 19:34) «
»
[Reply]
RedBoy reply on (06.07.10 at 19:44) «
»
[Reply]
lazaac reply on (06.07.10 at 19:47) «
»
jang nyer blog laks merah terang, kena pakai spec gelap oh…
blog ni gelap, kena pasang lampu spotlight..
[Reply]
RedBoy reply on (06.07.10 at 21:24) «
»
mana ada terang sangat.. hoho..
takyah pasanag pon xpe…
[Reply]
lazaac reply on (06.07.10 at 21:36) «
»
[Reply]
RedBoy reply on (06.07.10 at 22:07) «
»
xpon.. sbb tu kira mcm percubaan je.. n aku buat pon biasa2 saja.. malas aku nk charge lagi.. kalau ada yg nak, baru aku akn charge.. haha..
[Reply]
lazaac reply on (06.07.10 at 22:10) «
»
tapi berdasarkan pengalaman lazaac, tak ramai yg akan beli theme blogspot, sebab banyak sumber2 lain yg mereka leh dapatkan theme blogspot secara percuma.. :-?
[Reply]
suri reply on (09.07.10 at 21:19) «
»
apa pun suri ok jer hehee
[Reply]