Lazaac & Blog?
Lazaac merupakan pelajar sem 5, tahun ke-2, Bachelor Pengurusan Operasi di sebuah universiti tempatan bertaraf dunia.
Blog Lazaac ini ditubuhkan untuk lazaac bercerita dan berkongsi segala ceritera dan informasi yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama pembaca sekalian. Ditubuhkan pada pertengahan tahun 2008 dengan matlamat yang tidak terlalu jelas kerana baru mengenali WordPress sebagai platform blogging sebenar.
Rakan rapat pemilik blog sering menggelarnya psycho disebabkan peribadi dan identitinya yg susah diramal. Tidak suka dengan perempuan hipokrit tetapi amat geram dengan perempuan Melayu yang putih dan comel lagi gebu. Tidak gila seks walaupun sering bercerita tentang perempuan. Sanggup melakukan apa sahaja demi blog tercinta. Yeay!
Bercerita tentang blog, terlalu banyak perubahan pernah berlaku di blog ini termasuklah penukaran tema blog beberapa kali, penukaran dan penggunaan beberapa plugins, beberapa kali juga telah dihacked, beberapa kali memasang widget follower etc tetapi dibuang semula dan sebagainya.
Untuk rekod, blog lazaac telah dihostkan oleh beberapa web hosting luar dan dalam negara kerana pemiliknya suka menimba pengalaman baru di tempat yang berbeza. Antara hosting dalam dan luar negara yang pernah lazaac gunakan untuk blog ini adalah Onebytes, Exabytes, Internet-Webhosting, P2L Hosting, Zyma, dan yang terbaru Rackspace Cloud. Tema asal blog ini direka oleh Igor Penjivrag dan dirosakkan semula oleh lazaac. Laman blog ini menggunakan skrip blogging berasaskan WordPress versi 3.3.1 di cloud server lazaac di Rackspace Cloud.
Untuk server baru yang lazaac mula gunakan pada awal tahun 2012, blog ini kini dihostkan pada server dengan sistem operasi CentOS v6.0 dengan beberapa fungsi yang terdapat di dalamnya iaitu sistem nginx v1.0.11, php, mysql, phpmyadmin, eaccelerator, vsptfd, pureftpd, php suhosin patch, memcached, dan zend optimizer.
Teknologi disebalik lazaac’s blog :







»
»
. rajin ye jalan2. tq sudi singgah blog saya. 



lazaac reply on (04.03.12 at 02:37) «
»
[Reply]