Fast Update
Salam.. Apa khabar anda pembaca entri ini.. Seribu kemaafan dipohon atas kelewatan meng’update’ entri di blog picisan ini.. Akibat kesibukan sebagai pelajar baru, ini sahaja yang mampu lazaac sajikan dalam masa terdekat iaitu menulis untuk fast update.. Entri pendek tapi padat..
Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang kehilangan lazaac sejak tarikh kelahiran lazaac 21 Julai lepas..
- Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung blog lazaac yang wish birthday menerusi ruang komen dan di shoutbox lazaac.. Nanti lazaac belanja mekdi k.. lol!
- Lazaac dapat tawaran sambung belajar last minute, yerr diulangi last minute, bikin panas!
- Segala urusan bayaran yuran, urusan PTPTN, course reg, drop course, dan urusan2 lain semuanya terpaksa diuruskan dalam masa 2 minggu sahaja, gila!
- Result MUET, Slip Transkrip Exam, dan cop pengesahan semuanya terpaksa dipos dari tanah seberang ke Semenanjung Malaysia (makan masa satu hal, rushing tak tentu pasal, stress..)
- Blog tidak berupdate, tapi blogrunning secara konsisten terus menempatkan blog ini dalam kedudukan yang baik di Alexa, thanks all blogrunner just like me, blogrunning is the cheapest way to get traffic, believe me, lol!
- Dapat hadiah harijadi paling tak disangka-sangka, motor Modenas GT128 warna kelabu, no plat mula huruf “T”, sungguh cool sebab mampu mengalahkan 125ZR, LC, dan motor kapcai lain tanpa sebarang modifikasi, kalau tak caya, leh cuba… RXZ masih belum dapat tandingi lagi..
- Masuk kelas yang terdapat 55 orang pelajar didalamnya, perkara ni sumpah tak logik dek akal.. Tapi tak tahu nak cakap macam mana, leh tanya Koordinator Prog yang memang sengal mcm nak kena lempang..
- Baru jer subscribe Shoutmix Premium, kalau anda rasa blog anda boleh pergi jauh, jangan membazir mcm lazaac, subscribe jer untuk tempoh setahun, kalau tak, rugi $USD4 (sbb lazaac beli utk tempoh 3 bulan jer..)..
- Hidup bagaikan roda, rakan blogrunner hari ni belum tentu akan datang esok hari kalau tak dijemput lagi.. Moral of the story, keep updating your blog (jangan tiru mcm saya) and don’t forget to “jemput” them to your blog constantly..
- Tergelak sendiri melihat trend blog sekarang, bila terkenang sendiri, lazaac juga apa kurangnya..
- Blog tak berupdate, tapi Nuffnang tetap mantain setiap dua minggu dapat cashout sekali, boleh la kowt buat beli minyak motor baru Modenas GT128 lazaac yer tak..
- Buffered Earning Nuffnang terus mencanak-canak mcm tak tahan dah, keluar bagai nak rak.. Tak bagi muka langsung, kesian bagi yang guna dial-up modem (masih ada ker yg guna ni, hishk3x..)..
- Blog tidak berupdate, lazaac rasa dah hilang ramai rakan blogger, almaklum la blog dah la gelap, mcm negro, suluh guna spotlight baru nampak kowt.. Berat jangan cerita la, blog ni lebih berat dari berat lori simen buat KLCC ok.. Mana ada orang nak jenguk yer tak.. (mood sedih..)
- Banyak guna duit utk rumah sewa, minyak motor gi kelas, buku2 yg tebal mcm Kamus Dewan Edisi Ke-7 (ada ker.?)
- Duit banyak habis untuk makan sahaja(sebab makan kat luar, sedap..), almaklum la rumah bujang, takde dapur lagi, bila nak dapat
tukangorang gaji dalam rumah sewa ni, lol! - Broadband DiGi takde fungsi kat area lazaac skrg, almaklum la, tiang 3G belum sampai dari Rusia.. Jadi tiap2 bulan selama dua bulan berturut-turut bayar Broadband DiGi tanpa menggunakannya, sungguh magic, modem DiGi Broadband makan gaji buta! Damn!
- Ramai student kat tempat belajar lazaac gi kelas naik basikal, sungguh cool fenomena ini.. Tapi kalau duk rumah jauh dari kampus macam lazaac, boleh koma kalau selalu kayuh sampai kampus untuk jarak 7 km..
- Dalam kelas lazaac sekarang ada 10 orang siswa, + – 40 lebih student siswi, bagus, sorang siswa leh pasang empat..
Sebenarya masih banyak yang ingin lazaac ceritakan kat sini sebagai menjawab soalan rakan blogger yang bertanyakan tentang kehilangan lazaac untuk tempoh yang panjang, diharapkan dengan fast update ni, lazaac sudah menjawab soalan tersebut..
Harap maaf sekiranya anda fenin2 lalat membaca entri ini kerana lazaac publish tanpa membaiki dan menyusun entri ini semula, setiap apa yg ditulis datang dari hati dan ingatan lazaac tentang apa yg berlaku sepanjang kehilangan lazaac.. Sekiranya terdapat lagi update2 baru tentang fast update ni, lazaac akan postkan di sini, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri singkat tapi padat yang sebenarnya tak singkat tapi panjang berjela-jela.. Thanks for stopping by, really appreciated that… let’s blogrunning and boost our traffic like motherrocket!
Tweet |


»
tapi pasal blog tak berupdate tu bro tak perlu risau,, janji study jalan terus..




lazaac reply on (01.08.10 at 13:49) «
»
[Reply]