Menu

Coretan Percutian Di China


Barisan hadapan : Kawan, Lazaac, Kawan, Kawan………………………………………………

Assalamualaikum pembuka bicara. Syukur alhamdulillah, selesai sudah percutian menarik sepanjang seminggu bercuti di luar negara iaitu di China dan seminggu bercuti di dalam negara. Terima kasih buat rakan2 blogger yg wish di entri tersebut. Entri kali ni lazaac ingin coretkan beberapa pengalaman serta peristiwa menarik sepanjang perjalanan tersebut yang akan menjadi sebuah kenangan di masa akan datang. Pss… Beruntung lazaac gi China sewaktu perayaan Tahun Baru China. Meriah beb!

Perancangan yang rapi telah dibuat beberapa bulan sebelum perjalanan bagi urusan passport, tempahan tiket penerbangan dan sebagainya. Sebagai rujukan, pasport antarabangsa boleh didapati dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan bayaran sekitar RM1++ bagi passport dengan tempoh penggunaan selama 2 tahun. Urusan visa bagi memasuki Negara China pula dikenakan tambahan bayaran sekitar RM1++.

Dipendekkan cerita, pada 26hb Jan 2012 lazaac telah terbang ke China seawal pukul 6 pagi waktu Malaysia dan tiba di Guangzhuo, China pada pukul 10 pagi waktu tempatan. Sebaik tiba rombongan telah disambut oleh tour guide bernama Ling, seorang gadis comel yang putih lagi gebu. Suhu pada ketika itu adalah 16C°. Lazaac yang jakun dengan wap yang kelihatan ketika bercakap dan bernafas mula bermain-main bagai kanak2 riang. Rombongan terus dibawa menaiki bas persiaran untuk ke Shenzhen, China. Perjalanan yang cukup membosankan ini mengambil masa hampir 2 jam.

Pertama kali melihat kenderaan di sana pasti membuatkan orang typical Malaysia rasa pelik dan hairan. Bukannya sebab apa pun, cuma sedikit kejutan budaya. Majoriti kenderaan yang digunakan di sana adalah dari jenis kenderaan mewah di sini. Mungkin bagi kita kenderaan berjenama Honda, Volkswagen, Chevrolet, Lamborghini, Mercedes-Benz, BMW dan sebagainya adalah kenderaan mewah tetapi sebaliknya di sana kerana digunakan secara meluas seolah-olah pemandangan biasa melihat orang memandu kereta Proton dan Perodua di Malaysia. Majoriti teksi yang digunakan di sana adalah daripada model Volkswagen, tetapi banyak juga teksi2 yang menggunakan kereta jenama Honda Fit (Honda City kat Malaysia) dan Chevrolet. Pergh, giler kagum!

Yang pasti apa yang boleh dikatakan disini adalah kereta mewah digunakan secara meluas di sana, sebabnya ialah mereka di sana mendapat perlepasan cukai bagi kereta import, kiranya duty free la ni, macam beli kereta import kat W.P. Labuan dan kawasan2 bebas cukai macam Langkawi. Murah kan? Tetapi mereka di sana tidak diberikan subsidi minyak seperti yang kita dapat di Malaysia, beruntung la rakyat Malaysia oit… Dan harga tol di sana amatlah tinggi jika dibandingkan dengan harga tol di Malaysia, dan bayangkan untuk perjalanan yang mengambil masa hanya 2 jam dari Guangzhou ke Shenzhen perlu melalui lebih dari 4 tol, unbelievable! Seperkara lagi yang menarik tentang China ialah motorsikal berenjin tidak dibenarkan digunakan di jalan2 utama di sana. Kalau ada pun, pasti digunakan secara haram, salah di sisi undang2 mereka. Basikal berkuasa elektrik sahaja dibenarkan, kasihan…

Tiga hari berada di Shenzhen amat menyeronokkan bagi lazaac, kawan2 lazaac tak tahu la pula. Sebabnya bandar Shenzhen merupakan bandar bagi warga muda dan belia. Amat jarang kalau nak berjumpa dengan warga tua di sana. Setiap2 malam sewaktu keluar mengambil angin adalah saat yang amat menyeronokkan. Dengan suhu sekitar 19C° (bandar Shenzhen kurang sejuk ‘sedikit’ berbanding bandar Guangzhou) bayangkanlah bagaimana lazaac menahan kesejukan di sana. Dengan berbekalkan pakaian tebal sampai 5 lapis, seluar 3 lapis, stoking 3 lapis, amatlah menyeronokkan ketika keluar dari hotel penginapan dan memang tak pernah dibuat kalau kat Malaysia. Pengalaman…2x Muehehe… :gila:

Apa yang mampu lazaac katakan adalah bandar Shenzhen memang sangat menarik. Dari tempat penginapan, ke restoran Muslim, tandas tak ada hos paip (masuk tandas bawa botol jer, faham2 la yer..), awek cun yang putih lagi gebu tapi sikit pun tak heran dengan kita pelancong ni, kasihan.. :nangis:

Pada hari ke-4, rombongan kami telah bergerak menuju ke Guangzhou, China. Dengan perjalanan yang cukup membosankan selama 2 jam tersebut, lazaac manfaatkan waktu tersebut dengan aktiviti tidur, tidur dan tidur sahaja. kwang3x.. :senyum riang:

Setibanya di bandar Guangzhou, lazaac telah dibawa ke Menara Guangzhou, iaitu menara komunikasi yang pernah digunakan sewaktu Sukan Asia 2010 lepas. Senibina yang unik dan menarik ini dikatakan diadaptasikan daripada bentuk badan lengloi yang sedang menari, kata tour guide yang bawa rombongan lazaac la, betul atau tipu atau cerita rekaan tu xtahu la kan.

Err.. Hari ke-5.. p/s : Angap jer hari ke-5 tak wujud sebab waktu ni lazaac demam selesema, memang tak menyeronokkan bercuti dalam keadaan yang kurang sihat, jadi kita jump terus ke hari berikutnya. Muehehe… :gila:

Pada hari ke-6, kami telah check-out dari hotel seawal jam 6 pagi dan menuju ke Lapangan Terbang Guangzhou, China bagi penerbangan pada pukul 9 pagi waktu tempatan. Perjalanan kembali ke Malaysia mengambil masa 3 jam 45 minit. Setibanya di Malaysia, lazaac hanya sempat berehat sekitar 12 jam sebelum menyambung pula percutian di dalam negara, iaitu di negeri Terengganu. Disebabkan oleh itu, lazaac telah menyepi dari blog ini selama hampir 2 minggu, dan sekarang ini barulah ada sedikit masa untuk mencoretkan sepatah dua kenangan yang boleh dikongsikan bersama rakan2.

Koleksi gambar2 lain :

Kat China pun ada Eiffel Tower, versi serupa tapi tak sama di Window Of The World.


KFC pun ada kat China, halal @ haram? Xtaw la der…


Dua orang rakan yang sedang demam selesema sehari sebelum pulang ke Malaysia, kasihan…


[EPSB]Komenlah sepatah dua, terima kasih![/EPSB]

Comments ( 27 )

Leave a Comment

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>