Salam. Entri kali ni lazaac nak berkongsi satu skrip yg lazaac gunakan sekarang bagi mendapat akses ke cPanel lazaac sekiranya lazaac berada di mana2 kawasan yang mempunyai akses internet tetapi akses ke beberapa port penting untuk kegunaan cPanel dan webmail disekat (contohnya talian pejabat, universiti dan open public wifi). Port2 ini kebiasaannya digunakan oleh blogger WordPress self-hosted bagi mendapat capaian ke cPanel mereka (contohnya port 21[ftp], 22[sftp], 2082[cPanel], 2083[secured cPanel], 2095[webmail] dan 2096[secured webmail]). Skrip yang lazaac maksudkan ialah cPanel Proxy.
Klik untuk mendownload : « cPanel Proxy.zip»
Cara penggunaan :
1. Masuk ke cPanel anda menggunakan talian yang tidak disekat oleh firewall.
2. Dalam cPanel, cipta subdomain dengan nama : “cpanel” (tanpa tanda quotation = ” “)
3. Muat turun | Download dan unzip cPanelProxy.zip dari link yang diberikan di atas.
4. Muat naik |Upload kesemua fail yang terdapat di dalam zip fail tersebut ke dalam direktori “public_html/cpanel” anda.
5. Akses cPanel anda melalui subdomain “cpanel.domainanda.com”
6. Enjoy! :p
Previous post
Next post

sangat berguna ni bro. tq untuk tut ni. aku jarang lagi berlaku xleh akses. klu brlku ni la caranye nnti. hee
@acapz, ko dah tak duk asrama kan..? mmg la… :gila:
Ada masa memang berguna ni,.. bookmark dulu. TQ 4 sharing
@shraqs, welcome bro.. :like:
jarang berlaku. tapi bagus ni, leh try nanti.
@titan, jarang blaku sbb bro xpernah kena block kowt.. huhu.. :gila:
risau plak aku nk upload dlm public_html ni
@Juan, risau knapa plak bro..? senang jer.. bg aku, lg memudahkan ada la.. sbb aku pernah kena block ngan akses universiti dlu.. huhu.. pasni bakal kena block kat pejabat plak kowt..
walaupun tak berapa faham. Tapi kira faham jugaklah. haha..
@ohcikgu, buat2 faham jer cikgu.. :p
wah. best ni. wujud gak benda ni ye. kalau nak lepas port2 lain boleh setting x?
@Khidhir, port2 lain mksd bro..? selagi guna cPanel selagi tu boleh bro.. biar guna custom port sekalipun…
wah, makin mantap aja nih aplikasi dari agan ini, bypass firewall dengan cpanel proxy
@Dunia Blogpanik, guna aja mas, bisa akses cPanel walau di kantor..