Virtual Private Server ( VPS ) GIVEAWAY!!!



Salam, dah lama tak update blog. Sebenarnya dalam tempoh 2 minggu lazaac menghilangkan diri, lazaac telah bertapa di Gua Gomantong yang terletak di Sandakan, Sabah sambil menuntut ilmu dalam bidang server. Jadi cerita nyer dalam belajar ilmu server, lazaac berminat nak cuba sesuatu yang baru. Yer, sungguh mengujakan menggunakan server VPS jika dibandingkan dengan shared hosting yang biasa kita semua gunakan.
Tapi malang tak berbau, ilmu yang dipelajari tidak dapat dipraktikkan sepenuhnya kerana spesifikasi VPS dibeli yang tidak memenuhi kehendak nafsu serakah lazaac. Nampak nyer lazaac terpaksa melangkah ke satu tingkat baru iaitu berpindah dari VPS kepada Dedicated Server. Pernah terfikir untuk menggunakan Semi-Dedicated Server, tapi selepas mengkaji spesifikasi semi dan VPS, ternyata semi dan VPS tidak jauh beza.
Selepas berdiskusi dgn beberapa taiko server, lazaac buat keputusan untuk beli Dedicated Server kat XXXXXXX (dirahsiakan..). Alhamdulillah, spesifikasi hardware yang diberikan sungguh mengujakan dan kini projek lazaac berjalan dgn lancar. Back to the point, mcm ni… Dedicated server dah ada, VPS ni plak kesian, ditinggalkan terus. Jadi lazaac berhajat nak beri acc VPS ni kepada sesiapa yang berminat, xkisah la nak buat belajar ke, nak wat forum ker, nak wat porn web ker, suma leh.
Tapi lazaac nak minta maaf awal2, acc ni bukan nyer utk tempoh setahun mcm shared hosting korang, tapi hanya valid utk tempoh sebuan shj. Lazaac dah gunakan dalam seminggu lebih mcm tu, ada la lagi tinggal + – 3 minggu sblm acc tu kiok. Jadi kepada sesiapa yang berminat, leh komen kat bawah ni.. Lazaac akan pilih secara rawak menggunakan skrip php, dan pemenangnya akan dihubungi melalui email @ phone.. Ok, mudah jer kan… Semoga ada yang berminat, mana la tahu ada sapa2 yg berminat, jom komen… ![]()
Demo cPanel/WHM :
cPanel/WHM
Demo Virtuozzo Power Panel :
Virtuozzo Power Panel
p/s : Tepat pukul 10.30 hari rabu, 27 Jan 2010, lazaac akan buat undian. Semoga ramai yang berminat. free ni geng..
Thanks pada yg support giveaway ni..

23 Comments to “Virtual Private Server ( VPS ) GIVEAWAY!!!”