Archive for 'Uncategorized'

Salam buat semua pembaca blog lazaac. Pada 2 hari lepas, Google telah menghebahkan tentang Font API mereka, iaitu font directory dan preview tool. Anda dibenarkan untuk menggunakan font yang terdapat di Google Font Directory di bawah lesen open source dan kesemua font yang terdapat di dalamnya adalah dihostkan oleh server Google sendiri.
Terdapat beberapa kelebihan menggunakan font yang dihostkan oleh Google ini, antaranya :
- Penjimatan bandwith (hotlink sahaja dari Google, tidak perlu upload di server sendiri)
- Kelajuan caching (penggunaan font yang sama di dalam beberapa laman web@blog)
- Kelajuan secara purata (CDN Google lebih laju dari kelajuan server anda )
Disebalik kelebihan ini, terdapat satu kekurangan Google Font API ini iaitu ianya masih tidak menyokong penggunaan bagi iPhone, iPad, iPod dan Android.
Bagi mencuba sendiri, sila lawati Google Font API di sini.
Posted on 22 May '10 by lazaac, under Uncategorized. 11 Comments.
Salam pembaca setia blog lazaac. Ribuan kemaafan dari lazaac sebab lama betul tidak update blog ni. Dah cukup bersawang dengan post yang tidak berupdate, didatangi pula dengan komen2 spam yang menggila saban hari. Dulu dengan exam yang memakan masa selama hampir 2 bulan, kini segalanya sudah selesai. Syukur. Dalam diam2 sebenarnya lazaac masih di sini, di teratak buruk lazaac, menjadi silent reader blogger lain, cumanya kali ni lazaac tidak meninggalkan jejak seperti biasa. Akibatnya, ramai juga yang tidak berkunjung ke blog lazaac seperti biasa, dan dalam diam2 rank Alexa jatuh menjunam dari average 7++,+++ menjadi 1,+++,+++.
Hidup perlu diteruskan, dan dalam bulan ini tiada apa yang baru cuma cerita biasa, mencari blog hoster untuk jangkamasa setahun lagi. Adakah untuk setahun ini blog lazaac akan dihostkan di Onebytes lagi seperti tahun2 sebelumnya? Atau adakah perlu bertukar angin ke hosting lain, masih menjadi teka-teki sehingga kini.
InsyaAllah lazaac akan kembali berblogging seperti biasa selepas beberapa berehat dari dunia blogging. Huh, rank perlu ditingkatkan, chayok2! lazaac.
Semoga berjumpa lagi di post akan datang.
Posted on 20 May '10 by lazaac, under Uncategorized. 15 Comments.

Salam, sudah lama blog ni tidak berupdate kerana lazaac begitu sibuk dengan peperiksaan akhir semester dan masih dalam mode exam untuk beberapa hari lagi. Di kesempatan ini lazaac ingin update tentang wajah terbaru Google. Selepas beberapa minggu Google menguji paparan antaramuka halaman web rasmi mereka, kini kita dapat merasai sendiri pengalaman halaman web baru mereka.
Baca Selebihnya..
Posted on 30 April '10 by lazaac, under Uncategorized. 17 Comments.
Buntu dengan projek ENT aku sem ni. Tolong..tolong… Aku stress!
Posted on 26 February '10 by lazaac, under Uncategorized. 4 Comments.