Apa itu blog dan mengapa pelajar harus mempunyai blog sendiri?

Blog adalah diari peribadi ataupun catatan yang mengandungi pendapat, maklumat semasa. Blog dicipta pada 17 Disember 1999 oleh John Bloger dan diberi nama sebagai Web log. Maklumat lanjut bolehlah melayari laman web yang tertera – http://en.wikipedia.org/wiki/Blog.

Ramai orang kini tertanya-tanya termasuk kita sendiri mengapakah kita sepatutnya mempunyai sebuah blog? Blog merupakan sebuah laman yang penting pada kita kerana ianya mempunyai banyak maklumat. Tidak seperti laman web yang lain yang hanya memaparkan informasi secara khusus.

Melalui blog, kita boleh bertukar pendapat dan cadangan. Sebagai contoh, laman web Dell yang hanya memaparkan dan mempromosikan produknya. Tetapi dengan adanya blog, pengguna boleh berinteraksi secara terus dengan juruteranya tanpa halangan. Dengan itu, syarikat Dell boleh memperbaiki mutu produk malalui komen dan cadangan daripada pengguna.

Selain itu, pelbagai informasi terkini yang boleh didapati melalui blog kerana blog amat mudah untuk dikemaskini dan ianya boleh dikemaskini sekerap yang diinginkan.

Ada sesetengah orang mengatakan bahawa friendster yang sering digunakan lebih seronok berbanding mempunyai sebuah blog yang kelihatan begitu ?skema?. Adakah pendapat ini betul? Blog sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Tidak seperti friendster yang hanya sesuai digunakan oleh remaja dan kelihatan agak pelik apabila seseorang yang berpangkat dan berumur mempunyai friendster. Bukankah itu sesuatu yang melucukan?

Tambahan pula blog tidak memerlukan apa-apa syarat dan ianya tidak perlu didaftar. Tidak seperti friendster yang memerlukan seseorng itu mendaftar dan tertakluk kepada syarat-syaratnya. Sebagai contoh untuk mengaktifkan akaun di friendtster, syarat yang sering kali tidak diketahui dan diabaikan oleh pengguna ialah segala gambar yang dipamerkan adalah milik awam.

Oleh itu, blog merupakan satu media yang sesuai untuk memberi dan menerima maklumat kepada orang lain disamping dapat mematangkan diri seseorang berbanding mempunyai akaun di friendster.

Related Posts with Thumbnails

Posted on 6 September '08 by lazaac, under Uncategorized.

Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.



CommentLuv Enabled


 

Lazaac..?

lazaacLazaac merupakan seorang saiko yang kesunyian. Dalam kesunyiannya, lazaac kerap menggunakan masa emas yang ada untuk mendalami tentang code jQuery dan MooTools. Anda boleh menghubungi lazaac melalui saluran di bawah :

Lazaac's Facebook Lazaac's Twitter Lazaac's Blog Lazaac's Ymail Lazaac's PayPal Lazaac's Gmail

Coming Soon…

xXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXx

Blog..?

© 2008 - 2010 Some Right Reserved.

Hosted By ServerFreak.

Original Concept By Igor Penjivrag.

Moded by lazaac.

Run 33 queries in 0.421 seconds.