1GengBlogger

Salam 1Malaysia, bertemu lagi dalam entri terbaru untuk ketika ini. Selepas beberapa hari melepak kat gengblogger.com, aku perasan admin web tersebut mengadakan satu pertandingan mencipta TagLine untuk web tersebut lalu aku dengan yakin dan bersemangat nyer ingin menyahut seruan tersebut dengan harapan dapat menyumbangkan sesuatu untuk blogger di gengblogger.
1GengBlogger, diadaptasikan daripada penggunaan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Kenapa 1GengBlogger..?
Ada apa dengan 1GengBlogger..?
1GengBlogger di sini dapat ditafsirkan sebagai penyatuan semua blogger di dalam satu komuniti yang diberi nama GengBlogger. Di sini, kita berkongsi segala ilmu serta pengalaman yang berguna untuk kebaikan kita bersama.
1GengBlogger dalam maksud yang lebih mendalam ialah gabungan blogger yang berkumpul dalam satu komuniti tanpa mengira kaum, agama yang dianuti serta fahaman politik. Di sini juga, para blogger dapat bertukar-tukar pendapat serta menyatakan buah fikiran untuk dibincangkan bersama.
Antara kelebihan yang boleh didapati setelah mendaftar, anda dapat memperkenalkan blog anda, tidak kira blog anda masih baru ataupun blog yang memang sudah popular di samping dapat meningkatkan trafik ke blog anda. Macam ‘sambil menyelam minum air’ la ni. Secara tidak langsung anda mendapat bukan satu, malah beberapa kelebihan setelah mendaftar dan bergiat secara aktif di sana. Di samping itu, anda juga dapat berkenal-kenalan dengan rakan blogger dari segenap pelusuk negara, yang datang nyer dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Dengan semangat yang sama iaitu untuk menyerikan lagi dunia blogging, gengblogger.com dilihat sebagai platform yang baik mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Bukan rugi pun, untung lagi ada la. Kan…Kan…Kan….. Disebabkan gengblogger ni masih baru, apa kata suma rakan blogger ambil peluang ni untuk menyertai komuniti gengblogger ini seterusnya bergiat aktif dalam komuniti tersebut dan terus maju ke hadapan dengan azam dan semangat yang tinggi untuk terus berjaya dalam berblogging. ![]()
Selamat Berblogging dan salam 1GengBlogger. Adios!
p/s : GengBlogger la laman web ke-2 aku taruk gambar handsome ( perasan ) aku selepas Facebook… hohoho.. ![]()
Lazaac merupakan seorang saiko yang kesunyian. Dalam kesunyiannya, lazaac kerap menggunakan masa emas yang ada untuk mendalami tentang code jQuery dan MooTools. Anda boleh menghubungi lazaac melalui saluran di bawah :






2 Comments to “1GengBlogger”